Jom Cuba: 5 Aktiviti Senggama Minda

Aktiviti 1 (Hidung jadi panjang???)

Aktiviti ini memerlukan dua kerusi dan satu penutup mata (blindfold). Orang yang memakai penutup mata harus duduk di kerusi belakang, sambil menghadap orang yang duduk di hadapan. Kemudian orang yang menutup mata itu cuba untuk mencapai dan menyentuh hidung orang yang berada di hadapan dengan menggunakan salah satu tangannya. Pada masa yang sama dia harus meletakkan sebelah tangan yang lain pada hidung sendiri dan secara perlahan-lahan mengusap kedua-dua hidung. Selepas kira-kira 1 minit, lebih daripada 50% daripada mereka yang melakukan aktiviti ini dapat merasakan hidung mereka seolah-olah menjadi sangat panjang. Aktiviti ini diberi nama “Pinocchio’s Effect”.

Aktiviti 2 (Pusingan kaki)

Angkat kaki kanan anda beberapa inci dari lantai dan kemudian gerakkannya mengikut arah jam. Semasa melakukan aktiviti ini, gunakan jari telunjuk anda seolah-olah anda sedang menulis nombor 6 di udara. Anda akan dapati kaki anda akan berubah dari arah mengikut jam kepada arah melawan jam!!!.

Bahagian kiri otak, anda yang mengawal bahagian kanan badan anda, bertanggungjawab mengawal rentak pergerakan dan masa. Bahagian kiri otak anda tidak boleh melakukan operasi dua gerakan yang bertentangan pada masa yang sama dan akhirnya menyatukan pergerakan itu menjadi satu pergerakan pada arah yang sama.

Aktiviti 3 (Arah jam atau lawan jam)

Sila baca penerangan di bawah…

Cuba lihat imej dia atas. Adakah anda melihatnya berpusing mengikut arah jam atau melawan arah jam? Bagi saya, saya nampak perempuan itu berputar melawan arah jam, cuba untuk membuatkannya berputar ke arah yang lain.. Nampak macam susah… Tapi teruskan mencuba.

Imej perempuan yang berpusing di atas adalah satu bentuk ilusi. Imej tersebut sebenarnya tidak “berputar” dalam satu arah tertentu. Ia adalah imej dua dimensi (2D) yang hanya beralih ke belakang dan sebaliknya. Otak kita tidak mentafsir gambar tersebut sebagi dua dimensi tetapi menafsirnya sebagai imej tiga dimensi. Oleh itu visual yang kelihatan seolah-olah imej 3D, iaitu visual seorang perempuan yang sedang memusingkan badannya ke mengikut pusingan tertentu. Tanpa gambaran secara jelas, otak kita membuat keputusan untuk menafsirkan visual tersebut samada berpusing mengikut pusingan jam atau melawan jam.

Tips: Untuk membuat visual diatas berpusing ke arah berlawanan dari arah yang kita lihat pada permulaan. Cuba untuk fokus pada bayang-bayang imej terebut atas mana-mana bahagian dan cuba untuk menukar visual pergerakan pusingan itu. Jikalau anda berjaya anda akan nampak imej itu berpusing pada arah yang berlainan.

Aktiviti 4 (Ujian Pendengaran)

Muat turun file: High Frequency Audio

Cuba dengar bunyi audio ini. Ia dipanggil “audio untuk bawah 20-an” sebagai bunyi yang di mana orang lebih tua tidak dapat menyedarinya. Ia adalah satu gelombang sinus pada 18.000 Hz (Pendengaran anjing bunyi di 16.000 – 22.000 Hz – ini bermakna anjing boleh mendengar bunyi ini juga). Bunyi ini digunakan oleh sesetengah remaja sebagai nada dering di telefon bimbit mereka supaya hanya mereka dapat dengar apabila telefon berdering. Ia juga kadangkala digunakan di England untuk dipasang secara kuat di kawasan yang di mana penguatkuasa tidak mahu remaja untuk berkumpul dan membuat bunyi yang mengganggu mereka.

Telinga dalaman manusia mempunyai reka bentuk yang berfungsi untuk mendengar bunyi dalam pelbagai frekuensi. Mendengar bukan sekadar fungsi telinga tetapi juga menyampaikan amplitud ayunan ke otak. Untuk mereka yang lebih tua mereka hilang keupayaan untuk mendengar bunyi pada nada tinggi. Ini adalah sebab bunyi ini  hanya orang muda dapat dengar – bunyi ini juga kedengaran bingit atau terlalu tinggi bagi kebanyakan mereka yang berumur lebih daripada 20 tahun.

Aktiviti 5 (Kurangkan Rasa Sakit)

Jika anda mengalami kecederaan, cuba untuk lihat bahagian yang tercedera itu dengan menggunakan teropong secara terbalik, anda akan dapati tidak lama kemudian sakit anda akan berkurangan.

Baru-baru ini, satu kajian di Universiti Oxford telah membawa kepada penemuan satu “pain killer” baru – iaitu dengan menggunnakan teropong terbalik terbalik. Ahli-ahli sains menunjukkan bahawa subjek yang melihat tangan cedera mereka melalui teropong secara terbalik, membuatkan tangan anda kelihatan lebih kecil, menyebabkan otak kita merasai sakit yang berkurangan dan kelihatan kurang bengkak. Menurut para penyelidik, ini menunjukkan bahawa  badan kita merasakan sakit berdasarkan apa yang kita lihat. Jadi lain kali jika anda terluka pada jari, atau tercucuk duri.. jangan risau, tengok luka tu jauh-jauh!!!! :-)

About Hamirul Puad