Jom Belajar: Tips untuk tambah kelajuan internet anda

Tips yang ingin dikongsi kali ini ialah bagaimana untuk menambah kelajuan web browsing semasa melayari laman web. Bagi mereka yang menggunakan perisian Microsoft Windows sebagai operating system mereka perlu diketahui sebenarnya sebahagian daripada kelajuan atau bandwidth internet anda digunakan untuk kegunaan system komputer anda. Secara default dianggarkan sebanyak lebih kurang 20% daripada keseluruhan bandwidth digunaakan oleh windows untuk system anda contohnya, windows update.
Fakta:

Kebanyakannya percaya bahawa Windows mengambil 20% daripada bandwidth. Ini tidak sepenuhnya benar,  dengan mengurangkan reserved bandwidth tidak akan mempercepatkan internet anda serta merta. Hakikatnya ia hanya digunakan oleh windows untuk tugas-tugas yang memerlukan sebahagian bandwidth (seperti Windows Updates) apabila hanya diperlukan. Contohnya, ketika anda bermain permainan online; dan pada masa yang sama kemaskini automatik Windows dijalankan, ini akan menyebabkan tiba-tiba anda mengalami lag apabila settings ini diaktifkan.

Cara untuk menyahaktifkan Bandwidth Limit di dalam Windows 7 Professional / Ultimate

  1. Pergi ke start menu atau tekan button windows (pada keyboard) dan huruf “R” pada masa yang sama.  Aplikasi “Run” akan keluar.
  2. Taip “gpedit.msc” dalam kotak “Open” pada applikasi run tersebut dan kemudian tekan “Enter” (pada keyboard) atau klik “ok”
  3. Aplikasi “Local Group Policy Editor” akan keluar. Kemudian pergi ke Computer Configuration -> Administrative Templates ->Network -> QoS Packet Scheduler
  4. Pada panel sebelah kanan double click pada Limit Reservable Bandwith dan kemudian klik pada Enabled (lihat gambar di bawah)
  5. Masukan nila “0” pada kotak Bandwidth limit (%)
  6. Klik apply
  7. Bandwith limit anda sudah dinyahaktifkan

Cara lain untuk tambah kelajuan internet anda

Penerangan

The TCP Optimizer is a free, easy Windows program that provides an intuitive interface for tuning and optimizing your Internet connection. There is no installation required, just download and run.

  1. Muat turun TCP Optimizer v3.0.7
  2. Untuk Windows Vista/7 right click pada file yang telah dimuat turun dan pilih “Run as administrator”. Pilih “Yes” pada windows “User Account Control”.
  3. Pada network adapter selection pilih device yang digunakan untuk sambungan ke internet.  (Contoh: Sekiranya anda menggunakan wireless connection pilih wireless network adapter)
  4. Kemudian pada sliding bar untuk Connection Speed pilih speed internet connection anda (Contoh: jika anda menggunakan package Streamyx 4Mpbs, gerakkan slider pada 4 mbps)
  5. Seterusnya pergi pada bahagian kanan bawah dekat Choose Settings dan klik pada “Optimal” dan kemudian klik “Apply changes

  6. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan pada skrin “Apply Changes ?“. Teruskan dan klik “Ok
  7. TCP Optimizer akan meminta anda untuk reboot komputer anda. Teruskan dah pilih “Yes“.
  8. Setelah komputer anda reboot, konfigurasi internet anda kini sudah ditetapkan pada tahap optimum..

Selamat Mencuba…..

About Hamirul Puad