Jom Belajar: Web Hosting dan Domain

Pengenalan Kepada Web Hosting

Perkhidmatan web hosting merupakan satu perkhidmatan di mana seseorang atau sesebuah organisasi meletakkan laman web mereka di mana ia dapat diakses secara global. Dengan kata lain web hosting adalah tempat dimana kandungan laman web tersebut di simpan dan diakses. Contohnya laman web ini sendiri, mynameisham.net menggunakan perkhidmatan web hosting yang ditawarkan oleh Exabytes(My) iaitu salah satu syarikat berasaskan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan web hosting. Walaupun terdapat syarikat atau laman web yang menawarkan web hosting percuma contohnya, Blogger.com. Adalah amat disarankan, supaya menggunakan perkhidmatan web hosting berbayar kerana dengan perkhidmatan berbayar ini, kita akan dapat lebih banyak kawalan terhadap kandungan-kandungan laman web kita. Selain itu kita bebas untuk menentukan asas laman web kita sama ada laman web itu blog, portal, e-commerce, direktories (contoh: Yellowpages), dan sebagainya. Dengan kawalan yang lebih terhadap kandungan laman web kita dapat meningkat susun atur kandungan laman web dan juga privasi terhadap kandungan laman web tersebut.

Jenis-Jenis Perkhidmatan Web Hosting

Untuk makluman sebenarnya terdapat banyak jenis perkhidmatan web hosting namun di sini hanya dinyatakan sebahagian sahaja daripada keseluruhan jenis perkhidmatan supaya anda lebih mudah fahami.

  • Free web hosting service:

    Perkhidmatan ini ramai yang menggunakannya, contoh yang paling ketara ialah pengunaan laman web blogger.com atau blogspot.com, perkhidmatan percuma seperti ini selalunya terdapat banyak batasan terhadap kawalan kandungan laman web kita, sesetengah perkhidmatan seperti ini juga akan meletakkan iklan mereka di paparan laman web kita. Mungkin sesetengah daripada pengguna perkhidmatan ini akan rasa terganggu dgan iklan yang tidak mereka inginkan pada laman web mereka. Untuk perkhidmatan percuma seperti ini tidak banyak kelebihan berbanding dengan perkhidmatan yang berbayar.

  • Shared web hosting service :

    Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang digunakan oleh MyNameIsHam’s Network sendiri. Pengguna perkhidmatan ini akan berkongsi server yang sama dengan pemilik laman web lain, tetapi masing-masing mempunyai kawasan atau bahagian sendiri dalam server itu. Selalunya pengguna perkhidmatan ini akan berkongsi IP dengan pengguna lain yang menggunakan server yang sama. Pengguna perkhidmatan ini juga mempunyai keseluruhan kawalan terhadap kandungan masing-masing tanpa mengganggu pemilik laman web lain yang berkongsi server yang sama. Tahap kawalan bergantung pada pakej yang ditawarkan oleh syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini selalunya digunakan oleh mereka atau organisasi yang tidak memerlukan bandwidth atau akses yang banyak dalam satu-satu masa. Tambahan perkhidmatan ini lebih murah dari segi ekonomi.

  • Dedicated web hosting service :

    Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang dikawal sepenuhnya oleh pemilik laman web itu. Server yang digunakan sepenuhnya oleh pemilik laman web tersebut. Berbanding dengan Shared web hosting service, pengguna perkhidmatan ini mempunyai lebih kawalan bukan sahaja terhadap kandungan laman web mereka tetapi juga kawalan sepenuhnya pada server tersebut (akses sebagai root atau administrator). Perkhidmatan ini selalunya lebih pantas kerana tidak berkongsi dengan laman web yang lain dan mampu menampung bandwidth atau akses yang ramai pada satu-satu masa. Pengguna perkhidmatan ini juga akan mempunyai IP sendiri dan selalunya perkhidmatan ini akan digunakan untuk organisasi yang besar.

Senarai perkhidmatan di atas adalah sebahagian perkhidmatan web hosting yang di tawarkan di pasaran. Terdapat banyak jenis perkhidmatan lagi yang tidak diceritakan di sini. Sebagai permulaan, cukup sekadar mengetahui 3 asas jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh perkhidmatan web hosting ini. Untuk mereka yang berminat melanggani perkhidmatan ini, disarankan untuk menggunakan perkhidmatan shared web hosting kerana pakej ini lebih murah berbanding pakej lain dan sesuai untuk laman web peribadi atau organisasi kecil yang inginkan lebih kawalan terhadap kandungan laman web mereka.

Bagi yang ingin mencuba melanggani perkhidmatan web hosting ini anda boleh mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Exabyes(my). Disarankan bagi sesiapa yang pertama kali menggunakan pakej web hosting ini menggunakan pakej Personal hosting. Dengan melanggani pakej Ebiz Home anda boleh mempunyai kapasiti sehingga 2GB. (anda tidak memerlukan kaspisiti yang terlalu tinggi: laman web MyNameIsHam’s Network sendiri hanya menggunakan lebih kurang 100MB sahaja setakat artikel ini dibuat). Selain itu anda juga boleh mempunyai emel dengan domain anda sendiri sehingga 20 akaun. Bagi mereka yang mahir dalam penggunaan database. Pakej ini turut menyediakan pengkalan data MySQL sehingga 10 pengkalan data. Berikut adalah screen capture pakej yang ditawarkan Exabytes (my) setakat 22 Jun 2011. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Bagaimanapun ada di antara pakej yang ditawarkan berasingan dengan domain. Untuk mempelajari mengenai web domain sila teruskan membaca.

Pengenalan Kepada Web Domain

Domain name dalam bahasa mudahnya ialah satu identifikasi untuk laman web. Contohnya laman web MyNameIsHam’s Network adalah pemilik kepada domain, www.mynameisham.net. Setiap kali anda menaip alamat laman web ini. Anda akan terus di bawa ke laman utama MyNameIsHam’s Network. Dengan kata lain domain name ini ibarat alamat rumah yang digunakan untuk mengatahui lokasi rumah anda. Domain name ini juga digunakan sebagai satu identiti untuk membezakan laman web anda dengan yang lain. Anda sebelum ini pasni pernah menjumpai laman-laman web yang mempunyai extension domain seperti; *.com, *.net, *,.org *.gov, *.info *.tv dan sebagainya berikut adalah sebahagian ringkasan penggunaan extension domain tersebut.

Senarai penerangan domain extension

Domain Sektor Penerangan
*.biz Perniagaan Merupakan top level domain. Mana-mana individu atau badan boleh mendaftar extension ini. Tetapi mungkin boleh disiasat atau dipersoalkan sekiranya tidak menepati piagam dan ciri laman web kormesil yang sepatutnya.
*.com Komersil Merupakan top level domain. Mana-mana individu atau badan boleh mendaftar extension ini. Pada mulanya bertujuan untuk digunakan pada peringkat komersil tetapi kini banyak digunakan oleh badan-badan organisasi dan individu.
*.edu Pendidikan Merupakan top level domain. Banyak digunakan oleh institusi pengajian samada dari peringkat sekolah atau peringkat pengajian tinggi.
*.gov Kerajaan Merupakan top level domain. Digunakan oleh badan dan agensi kerajaan sebagai identifikasi laman web mereka.
*.info Maklumat Merupakan top level domain. Mana-mana individu atau badan boleh mendaftar.
*.net Rangkaian Merupakan top level domain. Mana-mana individu atau badan boleh mendaftar. Pada mulanya digunakan untuk laman web yang berangkaian. Tetapi kini banyak digunakan oleh individu atau badan tertentu. MyNameIsHam’s Network juga menggunakan domain extension ini.
*.org Organisasi Merupakan top level domain. Banyak digunakan organisasi bukan komersil. Mana individu dan badan boleh mendaftar. Kini domain ini masih lagi banyak digunakan untuk sesuatu organisasi

Mendaftar Domain Baru

Sekiranya anda sudah mempunyai web hosting dan sendiri dan ingin mempunyai domain baru anda harus menkonfigurasikan domain anda ke server web hosting anda. Ini agak sukar untuk mereka yang tidak pernah berpengalaman. Mungkin tiada masalah untuk mereka yang sudah arif dalam konfigurasi ini. Tetapi untuk lebih mudah anda harus melakukan domain transfer ke domain registrar yang sama dengan web hosting anda dan selalunya ini akan memakan kos tambahan. Artikel ini tidak akan membincangkan bagaimana untuk membuat konfigurasi atau pemindahan domain tetapi hanya akan membincangkan tips-tips anda untuk memilih domain (mungkin di artikel seterusnya perkara ini akan dibincangkan). Oleh itu sekiranya anda hendak memilih domain disarankan anda memilih syarikat sama yang menyediakan perkhidmatan web hosting anda kerana mereka akan membantu anda menyediakan konfigurasi untuk laman web anda dan domain anda.

Sekiranya anda berdaftar dengan Exabytes (my). Pada transaksi pembelian domain sudah dikonfigurasikan secara default untuk akaun web hosting anda untuk memudahkan transaksi. Walaubagaimanapun sekiranya anda menggunakan syarikat web hosting yang lain anda harus tahu konfigurasi nameserver dan CName web hosting tersebut. Konfigurasi ini mungkin berlainan untuk setiap web host. Oleh itu anda harus menghubungi sendiri pihat yang menyediakan perkhidmatan web hosting ini untuk mendapatkan konfigurasi.

 

MyNameIsHam’s Network mengsyorkan Exabytes (my)

 

About Hamirul Puad