Jom Belajar: Apa itu Content Delivery Networks (CDN)?

Apa itu Content Delivery Networks?

Untuk post lepas kita telah belajar asas web hosting dan domain. Untuk post kali ini, kita akan membincangkan mengenai Content Delivery Networks (CDN). Apa itu Content Delivery Networks?.  CDN ialah satu sistem yang mengandungi data yang disimpan di pelbagai rangkaian berkomputer. CDN bertujuan untuk menghantar kandungan tertentu laman web, seperti imej, audio, video dan kandungan statik yang lain. Ia bertujuan untuk membuat laman web anda dapat diakses dengan lebih pantas kerana sistem ini menggunakan konsep ‘cache’. Kandungan seperti imej, audio, video, css, js, dan lain-lain kandungan statik akan disimpan di dalam cache server CDN yang berasingan dari server web anda. Ini menyebabkan setiap akses dapat mengurangkan pengunaan bandwidth atau memory yang di tanggung web server tersebut, kerana akses untuk kandungan seperti fail imej, css, js dan lain-lain kandungan statik akan dimuaturun dari server CDN yang menyimpan fail tersebut dalam ‘cache’ nya. Untuk lebih memahami konsep CDN anda boleh lihat pada rajah di bawah.

Content Delivery Networks

 

Rajah menunjukkan, apabila seseorang pengguna itu memuat turun objek fail seperti imej, css, jss dll. (cth: imej untuk tema laman web).  Pengguna itu akan di bawa ke server CDN (cth: cdn.mynameisham.net ialah CNAME kepada server CDN).  Server CDN akan mencari ‘cache’nya untuk fail-fail tersebut. Jika fail tersebut ada dalam simpanan ‘cache’ server CDN tersebut. Fail tersebut akan di ‘load’ dan di muat turun oleh pengguna. Sekiranya fail yang diminta tiada dalam simpanan ‘cache’, pengguna tersebut akan memuat turun terus fail tersebut dari server asal (cth: www.mynameisham.net). Biasanya server asal hanya akan memproses fail-fail bukan statik (cth; server side script seperti php, asp, jsp, cgi). Oleh itu ini akan mengurangkan penggunaan server asal untuk setiap akses dari pengguna dengan bantuan server CDN.

Kebaikan Mengunakan Content Delivery Networks

Untuk makluman anda laman web MyNameIsHam’s Network juga mengguna server CDN. Anda mungkin tidak perasan tetapi setiap kali anda mengakses laman web ini, beberapa fail contohnya imej-imej untuk yang berada di page web ini dimuat turun dari server CDN dan bukan secara langsung dari server web MyNameIsHam’s Network. Untuk mengetahui kebaikan menggunakan CDN, sila baca kandugan berikut:

  1. Mengurangkan latency: CDN menggunakan konsep menyimpan kandungan web statik (cth: fail imej, css, js, dsb.) dan disimpan di pelbagai rangkaian komputer. Sesetengah rangkaian komputer CDN akan beroperasi berasaskan kedudukan geografi. Contohnya, katakan web server anda berada di Malaysia tetapi pengunjung anda berada di Cina, dengan penggunaan CDN kandungan laman web anda akan dipetakan atau diakses dari server CDN yang terdekat. Contoh paling mudah ialah laman web Facebook, dengan jutaan akses daripada pelbagai negara pada satu-satu masa akan menyebabkan ‘server load’ akan bertambah oleh itu Facebook sendiri menggunakan server CDN  yang sesuai dan berada berdekatan dengan lokasi geografi pengunjung untuk menghantar kandungan laman web mereka kepada pengujungnya dan ini meningkatkan kecekapan serta kepantasan dalam setiap akses dan mengurangkan latency.
  2. High Avaibility: dengan menggunakan CDN, anda akan sedikit sebanyak mengatasi masalah akses dan trafik yang tinggi pada satu-satu masa. CDN cuba dapat mengurangkan HTTP 5xx Response Codes kepada pengunjung anda. Oleh itu laman anda sentiasa dapat diakses dengan baik pada setiap masa.
  3. Meningkatkan offload: Ini ialah salah satu kebaikan menggunakan CDN. Jika anda mengunakan CDN setiap kandugan web statik akan disimpan oleh ‘cache’ server CDN anda sehingga fail tersebut luput dari ‘cache’.  Ini akan menyebabkan request offload server anda lebih baik (Fail statik anda hanya akan di muat turun dari server asal ketika fail anda luput dari ‘cache’).

Di Manakah Saya Boleh Menggunakan Perkhidmatan Content Delivery Networks Ini?

Terdapat banyak perkhidmatan CDN yang boleh digunakan. Memandangkan laman web MyNameIsHam’s Network sendiri. Oleh itu kami akan mengsyorkan anda menggunakan perkhidmatan CDN yang digunakan oleh laman web ini iaitu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Exabytes (my). Exabytes (my) menawarkan perkhidmatan CDN secara percuma untuk setiap 25 GB kandugan CDN.  Berikut ialah ringkasan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka

Speed Up Your Website With CDN

Content Delivery Network (CDN) help brings the content of your websites close to the visitors to shorten your web page load times and improve website browsing experience. No matter how much traffic your site gets or what type of hardware you’re running, Exabytes CDN guarantees to improve the performance of your website, application, or service.

Sila kunjungi laman web exabytes di sini

 

Terima kasih kerana membaca.

 

About Hamirul Puad