Jom Cuba: Cara untuk Mengaktifkan Facebook Timeline

Cara untuk Mengaktifkan Facebook Timeline

Facebook pada tahun lepas telah memperkenalkan Facebook Timeline, satu perubahan baru kepada visual profil Facebook.

Timeline memudahkan anda untuk mengenal pasti kembali setiap benda yang ada telah kongsikan, dan juga mengumpulkan dan menyusunatur masa bermakna anda di profil Facebook anda.

Facebook Timeline pada sebelum ini hanya dapat dilihat oleh mereka yang mengunakan atau terlibat dalam applikasi Facebook Timeline. Namun mulai 15 Disember 2011 Timeline kini boleh digunakan untuk semua orang.

Berikut ialah tips bagaimana cara untuk mengatifkan dan mula menggunakan Facebook Timeline.

Aktifkan Facebook Timeline Anda

Untuk mengaktifkan Facebook Timeline. Sila ikut cara-cara berikut.

  1. Pergi ke laman Introducing Timeline, kemudian pergi ke bahagian bawah muka laman web tersebut, dan klik butang “Get Timeline”.
    Perhatian: Jika anda tidak dapat melihat butang “Get Timeline” seperti di atas anda juga boleh pergi ke laman Timeline Apps.
  2. Kemudian anda akan dibawa ke muka laman “Preview Timeline”
  3. Di sebelah kanan atas muka laman web tersebut akan terdapat 2 butang iaitu butang “Take a Tour” dan “Publish Now”
  4. Dengan mengklik butang “Publish Now” anda akan terus mengaktifkan Facebook Timeline anda kepada umum.  Anda dinasihatkan untuk mengambil tour, sebelum mengaktifkan terus Timeline anda.
  5. Anda akan diberikan tempoh 7 hari tempoh mengemaskini profil sekiranya anda membuat keputusan untuk belum mengakfifkan Timeline anda kepada umum.

7 Hari Tempoh Mengemaskini Profil

Apabila anda menaik taraf profil facebook anda kepada Timeline, anda mempunyai tujuh hari untuk mengemaskini semua paparan yang muncul pada Timeline anda sebelum dipaparkan kepada orang lain. Jika anda mahu, anda juga boleh memilih untuk terus publish Timeline anda pada bila-bila masa dalam tempoh 7 hari tersebut. Jika anda membuat keputusan untuk menunggu, Timeline anda akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh hari. Timeline anda yang baru akan menggantikan profil anda, tetapi semua cerita dan gambar anda tetap sama.

Jika anda ingin melihat bagaimana Timeline anda dipaparkan kepada orang lain, klik menu gear di bahagian atas timeline anda, dan pilih “View As.” Anda kemudian boleh memilih untuk melihat bagaimana Timeline anda kepada rakan tertentu atau orang ramai.

Diharapkan anda berjaya mengaktifkan Facebook Timeline anda. Selamat Mencuba…

Sumber:

  1. How to Activate Facebook Timeline Now
  2. Timeline: Now Available Worldwide
Tags:

About Hamirul Puad