Fakta Menarik: Virus yang menjakiti serangga menjadi zombie

Virus yang menjakiti serangga menjadi zombie

Sumber Dr. Hughes: Gambar jarak dekat seekor semut yang mati dengan virus membiak di kepalanya.

Kita selalu menonton cerita-cerita fiksyen mengenai manusia yang bertukar menjadi zombie seperti cerita, Resident Evil,  Zombieland, Undead, dan banyak lagi. Daripada filem-filem ini kita dapati bahawa watak zombie merupakan watak fiksyen sains semata-mata. Zombie sering dikaitkan dengan virus yang menyerang manusia dan menukar kewarasan manusia sehingga sanggup menyerang mangsa lain dan mangsa zombie itu turut bertukar menjadi zombie. Tetapi tahukah anda bahawa zombie ini sememangnya wujud. Namum setakat ini kewujudan zombie ini hanya berlaku di alam serangga.

Sumber Dr. Hughes: Peringkat awal serangan virus.

Berdasarkan satu jurnal di PLoS ONE, virus yang berbentuk fungi ini bernama Ophiocordyceps camponoti-balzani, akan menyerang serangga seperti semut, kemudian secara perlahan menyerang otak semut yang dijangkiti menyebabkan kematian kepada semut tersebut. Menurut kajian ini juga mendapati fungi tersebut mampu untuk mengawal minda dan memanipulasikan pergerakan dan tingkahlaku serangga yang dijangkiti. Fungi ini akan ‘brainwash’ minda semut yang dijangkiti dengan membawa semut itu jauh dari koloninya dan tinggal di daun atau dahan pokok, untuk membiakkan lagi fungi tersebut.

Satu kumpulan pengakaji yang terdiri daripada, Harry Evans, Simon Elliot, and David Hughes, mendapati bahawa virus atau fungi ini terdapat empat jenis spesis, kesemuanya tinggal di hutan hujan Atlantik Brazil. Hutan hujan ini memang terkenal sebagai tempat hangat pelbagai spesis. “Ianya dianggarkan bahawa setiap spesis fungi ini mempunyai spesis semut sendiri yang sesuai untuk diseranginya.” kata Hughes.

Setakat ini bukan hanya semut sahaja yang diserang oleh virus atau fungi ini. Satu video di Youtube dari BBCWorldwide menunjukan Sir David Attenborough dan kumpulan Planet Earth telah menemui dunia aneh fungi ini. Fungi ini akan menyerang tubuh serangga untuk membiak dan mengurangkan populasi serangga yang diserang.

Sumber:

  1. Insect Mind Control: The Fungus that Turns Ants into Zombies
  2. Cordyceps: attack of the killer fungi – Planet Earth Attenborough BBC wildlife

About Hamirul Puad