Jom Baca: Laman web Wikipedia ditutup sebagai tanda protes?

Laman web Wikipedia ditutup sebagai tanda protes?

Berita gempar: Wikipedia kini menutup laman web mereka kepada umum mulai tengah malam 18 January 2012 selama 24 jam sebagai tanda protes terhadap Stop Online Piracy Act (SOPA) dan Protect IP Act (PIPA). Kepada mereka yang cuba untuk mengakses laman web wikipedia tersebut akan dapat melihat mesej Wikipedia yang menyatakan kekesalan mereka terhadap badan kongres Amerika Syarikat yang cuba menggubal akta kebebasan internet.

Gambar laman web Wikipedia yang ditutup

Namum laman web wikipedia yang tidak dapat diakses ini hanyalah untuk laman web Wikipedia versi bahasa inggeris.  Keputusan untuk menutup laman web Wikipedia ini merupakan tindakan pertama kali dalam sejarah Wikipedia dalam menyuarakan kekesalan terhadap akta tersebut yang hanya akan menghalang orang ramai mendapatkan informasi atas talian. Bagi mereka ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada penduduk Amerika Syarikat tetapi seluruh masyarakat dunia.

Menurut wikipedia tindakan SOPA dan PIPA sekarang ini yang secara membuta tuli telah merangka undang-undang tidak akan membantu dalam menghalang penyalahgunaan hakcipta, dan ini akan memberi kesan buruk kepada kebebasan dan keterbukaan internet.

Sekiranya anda menyokong Wikipedia anda boleh menyuarakan suara anda dengan menyebarkan dan menyuarakan protes anda bersama Wikipedia. Sila layari lawan web Wikipedia untuk maklumat lanjut…

Sumber: Wikipedia

Tags:

About Hamirul Puad