Jom Baca: Kad Pengenalan (MyKad) Baru 2012

Kad Pengenalan (MyKad) baru 2012

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada awal Januari lepas telah mengeluarkan kad pengenalan (MyKad) baru yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini. Menurut JPN, ciri-ciri MyKad terbaru ini diperbuat daripada bahan polikarbonant dan menggunakan cip baru yang lebih berdaya tahan, serta mempunyai “ghost image” yang dilukis menggunakan turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan.

MyKad Baru 2012

MyKad Baru 2012

Pada peringkat awal kad pengenalan ini telah dikeluarkan di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam. MyKad seterusnya akan boleh diperehi di negeri lain secara berperingkat dan ianya boleh didapati dengan bayaran RM10. Menurut ketua pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata pengeluaran MyKad baru ini mengikuti piawaian antarabangsa, tidak mudah rosak dan dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Ciri-Ciri MyKad Baru

Perbezaan ciri-Ciri MyKad baru dengan yang lama

Penggantian daripada MyKad lama kepada baru ini walaubagaimanapun tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai masih digalakkan untuk menggantikannya sebagai langkah keselamatan.

Sumber: Berita Harian Online

About Hamirul Puad