Azean Irdawaty pula dikatakan meninggal dunia.
Baru semalam kita dikejutkan dengan beritua pemergian penyanyi Izwan Pilus ke Rahmatullah, pagi ini pula kecoh dengan berita pelakon dan penyanyi yang pernah digelarkan primadona pada akhir 70-an iaitu Azian Irdawati. Namun berita itu hanyalah hebohan palsu semata-mata. Azian Irdawati dikatakan telah meninggal dunia dan berita ini telah tersebar di twitter pagi tadi namum berita itu dinafikan oleh anak beliau sendiri melalui twitternya tadi.
Anak Azean Irdawati juga sempat memuat naik gambar ibunya bergambar degan sebiji oren dan memberitahu ibunya mengucapkan Gong Xi Fa Chai.
Diharapkan berita tentang Azean Irdawaty sudah meninggal ini dihentikan kerana belia masih hidup. Apapun marilah kita doakan beliau semoga akan terus sihat dan panjang umur.

