Pengasas Megaupload ditahan pihak berkuasa

Pengasas laman web file-sharing Megaupload ditahan.

Pengasas laman web perkongsian fail Megaupload yang berbangsa Jerman, Kim Dotcom – yang juga dikenali sebagai Kim Schmitz telah ditahan bersama tiga yang lain di Auckland pada hari jumaat lepas dalam serbuan oleh Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika.

Pengasas megaupload ditahan

Pengasas Megaupload Kim Dotcom ditahan di New Zealand pada hari Jumaat lepas bersama-sama dengan tiga yang lain

Dia telah didawa atas pengedaran bahan cetak rompak di internet. Pengasas Megaupload itu telah meminta dirinya untuk diikat jamin, tetapi pendakwaraya berkata dia berisiko untuk meninggalkan negara dengan membuat penerbangan, maka mahkamah telah menunda keputusan untuk membenarkan sebarang ikat jamin.

Penguatkuasa Amerika mahu mengekstradisikan pengasa Megaupload tersebut.  Pendakwaraya persekutuan telah mendakwa Megaupload – yang merupakan salah satu laman web berkongsi fail dan telah menyebabkan lebih daripada $500 juta kerugian kepada pemegang hakcipta.

Laman web megaupload ditutup FBI

Laman web Megaupload ditutup FBI

Atas kerisauan ini satu lagi laman web berkongsi fail Filesonic.com telah menutup fungsi berkonsi file di laman web mereka. Satu mesej yang bermaksud: “Semua fungsi perkongsian di FileSonic kini telah ditutup. Perkhidmatan kami juga hanya boleh digunakan untuk memuat naik dan mendapatkan semula fail yang telah dimuat-naik oleh anda sendiri”

Filesonic tutup fungsi konsi fail

Filesonic tutup fungsi konsi fail

Sementara itu CEO Mediafire.com memberitahu bahawa laman web mereka tidak mengalakkan pengedaran cetak rompak oleh itu mereka tidak bimbang terhadap dakwaan undang-undang. Rapidshare pula berkata mereka tidak bimbang serbuan terhadap syarikat mereka kerana syarikat mereka tida dibina atas dasar bahan cetak rompak.

Sumber:

  1. BBC News
  2. TheCelebrityCafe.com

About Hamirul Puad